Rindukah itu........
Rindukah itu apabila aku seringkali teringat padamu
Rindukah itu. pabila wajahmu sering menjelma dalam kotak ingatan ku....
Rindukah itu???
Entahlah...
Aku sendiri masih keliru
Aku sendiri masih lagi mencari-cari maksud sebenar..
Apa erti sebenar R.I.N,.D..U.
Apakah itu rindu..
Apabila aku selalu terbayang akan parasmu
Apakah itu rindu...
Apabila aku tidak bisa membuang memori bersama mu
Apakah itu rindu??
Mungkin.....mungkin itulah maksud sebenar rindu
Tetapi mungkin juga ianya hanya salah tafsiran ku sahaja
Aku tidak berdaya lagi.....
Tidak mampu lagi untuk mentafsirkan...
Untuk mencari makna sebenar istilah rindu
Mungkin aku seorang perindu
Rindu pada sesuatu yang tidak pasti
Namun begitu, aku masih lagi yakin
Rindu ku pada-MU adalah rindu yang hakiki..
Rindu ku pada-MU sesuatu yang pasti..
No comments:
Post a Comment