GARAPAN HATI SEORANG SAHABAT
(ROSILAWATI KAMARUDIN)
Buat Nita....
Nita....
Pertemuan pertama kita sejak beberapa tahun yang lalu
Bisa membangkitkan kenangan yang tidak dapat dilupakan
Sehingga kini, kita tetap bersama lagi dan ianya semakin erat
Bagaikan sepasang merpati yang tidak bisa meninggalkan kekasihnya....
Nita.....
Untuk mengenali mu dengan lebih dekat adalah amat susah
Ianya memerlukan pengorbanan dan pemerhatian yang khusus
Suatu ketika dahulu, padaku hanya cinta sahaja yang memerlukan pengorbanan dan perhatian, tetapi aku salah....
Nita....
Renungan matamu mengandungi satu rahsia yang tidak ku tahu maksudnya
Setiap perkataan mu begitu tersusun dan teratur
Diantara ribuan teman yang ku kenali, hanya dirimu yang aku sukai
Kau lain daripada yang lain sehingga tidak dapat ku jelaskan disini
Nita.....
Kau diantara teman yang mengambil berat tentang halku
Termasuk Suliana dan Jualiana juga..
Walaupun diriku selalu meyakiti hatimu
Dengan kata-kata mahupun tanpa bicara
Mana ku tahu kau kan terasa..
Nita.....
Pertama kali ku mengenali dirimu, anggapanku berbeza
Semakin dekat ku mengenali mu, semakin aku terluka
Bukannya kerana kata-katamu tetapi ianya....
Seakan-akan ada duri dan elektrik disekelilingmu
Aku bisa kejang dan kaku dibuatnya
Kau berbeza betul daripada Suliana
Suliana pula seakan-akan seperti magnet
Aku di ibarat magnet yang berlainan kutub dengannya
Maka apalagi, terlekat dan tersepitlah aku di situ
Tanpa bicara, tuturkata kerana mataku terpaku
Pada semua yang menjadi miliknya
Nita....
Keegoanmu kadang-kala membuat ku marah
Tetapi aku faham akhirnya, kenapa kau begitu
Maaf ku pohon dan ku pinta sekiranya ianya menyakitkan
Aku bermohon kepada Ilahi agar pintu hatimu kan terbuka
Agar dapat ku mengenali mu dengan lebih dalam lagi.
Permisi punutup kata, moga dapat bicara di lain masa
Sahabat mu,
1996